Skim Smart Sewa memberi peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah yang tidak berupaya membuat pembelian. Rumah Selangorku ditawarkan Skim Sewaan pada kadar bayaran berpatutan dan berkemampuan agar akhirnya mereka dapat membeli kediaman mereka sendiri di Negeri Selangor.

 

Anggaran kadar sewaan bermula dari RM600 hingga RM650 sebulan tertakluk kepada harga pasaran sewaan di kawasan berkenaan.

 

SYARAT KELAYAKAN

 

  1. Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon
  2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan
  3. Pendapatan seisi keluarga iaitu:
    • a) Tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah
    • b) Tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah
  4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor
  5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (diberi keutamaan) atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja
  6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor

 

 

TEMPOH PENYEWAAN

Tempoh sewaan minima selama 2 tahun akan diberikan pemulangan sewaan sebanyak 30% daripada jumlah sewaan yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan. Tempoh maksima sewaan adalah 5 tahun.

 

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan surat nikah / surat pendaftaran perkahwinan / surat cerai
  3. Salinan sijil kelahiran (MyKad / MyKid) anak
  4. Salinan MyKad / MyKid tanggungan (selain anak)
  5.  Penyata Gaji 3 bulan terkini
  6.  Salinan KWSP
  7.  Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
  8.  Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah
  9.  Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan
  10.  Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan
  11.  Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang
  12.  Salinan Daftar Undi

 

Sebarang pertanyaan hubungi 019 333 0976 / 017 416 3990 / 03 5524 0233

 

Muat turun borang permohonan di http://phssb.com/borang/

Atau boleh diambil di pejabat kami di

 

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Terkini: Skim Smart Sewa

Selangor bina lebih 40,000 rumah mampu milik, tertinggi banding negeri lain

SHAH ALAM, 26 JULAI: Lebih 40,000 unit rumah mampu milik dibina di Selangor dalam tempoh lima tahun, tertinggi direkodkan berbanding ...
Baca Selanjutnya

Skim Smart Sewa tawar 4,000 unit rumah, penuhi impian miliki kediaman

SHAH ALAM, 25 JULAI: Sebanyak 4,000 unit kediaman akan disediakan di bawah Skim Smart Sewa menjelang 2026, bagi membantu individu ...
Baca Selanjutnya

Selangor jaga keselamatan, kebajikan rakyat harungi gelora Covid-19

SHAH ALAM, 24 JULAI: Di sebalik kegalauan penularan Covid-19, Selangor terkehadapan menjaga keselamatan dan memastikan rakyat bertahan mengharung cabaran ekonomi ...
Baca Selanjutnya

Negeri tekad pastikan rakyat miliki kediaman berkualiti, selesa dan selamat

SHAH ALAM, 21 JUN: Kerajaan Negeri bertekad memastikan lebih ramai rakyat memiliki kediaman berkualiti, selesa dan selamat diterjemahkan menerusi beberapa ...
Baca Selanjutnya

Jaga kebajikan semua, MB atur program ringankan beban rakyat

SHAH ALAM, 16 JUN: Lima belas tahun lalu, agenda kebajikan mula dirasai hasil kerja berpasukan pemimpin Kerajaan Negeri dan iltizam ...
Baca Selanjutnya

Tekad terus berkhidmat, MB harungi ujian demi berbakti kepada rakyat

OLEH ABDUL RAHIM SABRI SHAH ALAM, 15 JUN: Diamanah mengetuai Selangor ketika usia 38 tahun, Dato’ Seri Amirudin Shari ditakdir ...
Baca Selanjutnya

Tawar harga mampu milik, Selangor tunai impian rakyat miliki rumah

OLEH AMIN RIDZUAN ISHAK, NORRASYIDAH ARSHAD & SOFIA NASIR Foto FIKRI YUSOF & REMY ARIFIN SHAH ALAM, 13 JUN: Membina ...
Baca Selanjutnya

Harga berpatutan, lokasi strategik tarik minat juruteknik pilih Rumah Selangorku

PETALING JAYA, 13 MAC: Pembinaan di kawasan strategik dengan tawaran harga berpatutan menarik minat seorang juruteknik sokongan swasta untuk memiliki ...
Baca Selanjutnya