Warga Selangor yang layak boleh memohon untuk memiliki sebuah rumah sendiri bernilai tidak melebihi RM250,000 melalui Skim Rumah Selangorku.

 

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  2. Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan
  3. Pendapatan isi rumah (suami dan isteri):
    • a) Tidak melebihi RM3,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis A
    • b) Pendapatan isi rumah diantara RM3,001 sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D
    • c) Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan
  4. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
  5. Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor
  6. Permohonan pindah milik hanya dibenarkan memohon selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri
  7. Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa
  8. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih di dalam SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon

 

Dapatkan ringkasan maklumat berkaitan program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Klik di sini

Terkini: Skim Rumah Selangorku

Bantu miliki kediaman, lebih banyak projek Rumah Selangorku diluluskan

SHAH ALAM, 5 MAC: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) meluluskan pembinaan lebih 100,000 unit Rumah Selangorku pelbagai kategori dalam ...
Baca Selanjutnya

PKNS-Maybank sedia pinjaman rumah 100 peratus

SHAH ALAM, 27 JUL: Orang ramai kini berpeluang membeli rumah dengan lebih mudah apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan ...
Baca Selanjutnya

LPHS beli hampir 1,000 unit rumah bagi Skim Smart Sewa

OLEH ZAREEF MUZAMMIL KLANG, 20 JUN: Sebanyak 993 unit rumah dibeli Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk dijadikan program ...
Baca Selanjutnya

Skim Smart Sewa bantu B40 miliki Rumah Selangorku – MB

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM, 11 MEI: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM50 juta menerusi pembiayaan Skim Smart Sewa bagi membolehkan golongan ...
Baca Selanjutnya

REHDA sambut baik pelaksanaan Rumah Idaman

OLEH AFEEQA AFEERA KELANA JAYA, 4 APRIL: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Selangor menyambut baik pelaksanaan Rumah Idaman ...
Baca Selanjutnya

983 unit rumah Smart Sewa di Selangor

OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM, 25 MAC: Sejumlah 983 unit rumah Smart Sewa di seluruh Selangor sedang dilaksanakan setakat ini ...
Baca Selanjutnya

MBI Selangor tawar 5,000 unit Rumah Selangor dilengkapi perabot

OLEH NORHAYATI UMOR KAJANG, 2 DIS: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI Selangor) dijangka akan memulakan tiga projek pendemokrasian Rumah Selangorku tahun ...
Baca Selanjutnya

Belanjawan’19: RM50 juta untuk Skim Smart-Sewa

OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri mencadangkan supaya Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) memperuntukkan RM50 juta ...
Baca Selanjutnya