Manfaat Program

 

Pinjaman tanpa faedah untuk anda yang sedang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi mengurangkan kos pembelajaran.

 

Kadar pinjaman diberikan bermula RM4,900 sehingga RM7,000 setahun sehingga anda menamatkan pengajian mengikut Surat Tawaran Universiti. Bayaran balik pinjaman juga boleh dikurangkan mengikut syarat yang ditetapkan.

 

Syarat Kelayakan

 

Kriteria am permohonan untuk bantuan ini ialah :-

  1. Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia;
  2. Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; ATAU
  3. Pemohon telah bermastautin lebih daripada lima (5) tahun di Selangor;
  4. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian;
  5. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / ljazah Sarjana Muda / ljazah Perubatan di Universiti Awam berikut :-
      • a. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus Gombak)
      • b. Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Bangi)
      • c. Universiti Putra Malaysia (Kampus Serdang)
      • d. Universiti Teknologi MARA (Kampus Shah Alam / Puncak Alam / Puncak Perdana)

 

Kriteria akademik permohonan untuk bantuan ini ialah :-

Diploma

 

      1. Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; ATAU
      2. Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas.

 

ljazah Sarjana Muda

 

      1. Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-ljazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; ATAU
      2. Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; ATAU
      3. Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

 

ljazah Perubatan

 

    1. Sedang mengikuti ljazah Perubatan dan Pembedahan / Pergigian / Veterinar di Universiti Awam yang disenaraikan.

 

Makluman

Tawaran dibuka dua kali setahun pada bulan Februari dan Ogos melalui atas talian (online) di laman sesawang http://tkwbns.selangor.gov.my

Borang permohonan yang dimuat turun perlu dilengkapkan sepenuhnya dan perlu dikembalikan kepada:
-Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) Urus Setia Cawangan Biasiswa Dan Pinjaman Pelajaran,

 

Tingkat 3, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor.

 

+603 – 5544 7000 – Talian Umum Pejabat SUK Selangor
03 – 5521 2275 / 03-5544 7484 – Unit Permohonan
03 – 5544 7482 – Unit Kewangan & Bayaran
03 – 5544 7480 -/ 7481- Unit Penguatkuasaan & Pengurangan Bayaran
03 – 5521 2430 – Unit Task Force

Terkini: Program Khas Peduli Siswa

Program Khas Peduli Siswa bantu biayai pelajaran

OLEH LIZAWATI MADFA Kerajaan Negeri tidak berdiam diri apabila Belanjawan Persekutuan 2017 memotong peruntukan sektor pendidikan tinggi dari RM13.38 bilion ...
Baca Selanjutnya

Jom mohon Program Khas Peduli Siswa dan Pinjaman Pelajaran Negeri

OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM, 18 OGOS: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mempelawa anak Selangor yang berminat ...
Baca Selanjutnya

Pendaftaran Peduli Siswa mula dibuka hari ini

OLEH LIZAWATI MADFA SHAH ALAM, 1 FEB: Anak Selangor yang menuntut di universiti awam diharap tidak melepaskan peluang menyertai Program ...
Baca Selanjutnya

103 pelajar UNISEL, KUIS terima manfaat RM4.95 juta Biasiswa Selangorku

OLEH : ERMIZI MUHAMAD SHAH ALAM, 22 MAC : Seramai 103 pelajar masing-masing dari Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti ...
Baca Selanjutnya

Ucapan Ketua Parlimen DAP dalam perbahasan Belanjawan 2015

Oleh: Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang di Parlimen pada hari isnin 27 Oktober 2014. Adakah kita telah menipu ...
Baca Selanjutnya