Senarai Inisiatif Peduli Rakyat Membiayai pengajian menerusi pinjaman tanpa faedah dan pengurangan bayaran balik kepada pelajar yang cemerlang. Akses tuisyen percuma kepada umum secara talian. Kelas tambahan secara percuma kepada pelajar sederhana dan lemah. Menawarkan bantuan baik pulih/membina infrastruktur sekolah. Bantuan RM1000 untuk anak Selangor yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi. Menawarkan ekosistem pembelajaran teknikal dan vokasional secara profesional selaras dengan kehendak industri masa kini. Membantu meningkatkan prestasi dan kemahiran teknikal menerusi pelbagai platform pendidikan.