Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan ini merupakan satu program yang dirangka dengan tujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi kumpulan sasar menerusi projek ekonomi yang berdaya maju dan berpotensi untuk berkembang.

 

Secara langsung ia bertujuan untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin dan berpendapatan rendah.

 

Dengan program ini, Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menyalurkan bantuan berupa peralatan atau mesin yang diperlukan berdasarkan perusahaan / perniagaan yang sedang dijalankan.

 

KUMPULAN SASAR

Program ini melibatkan golongan miskin & berpendapatan rendah yang mempunyai kemahiran untuk meneruskan perusahaan dalam bidang-bidang berikut:

 

  1. Jahitan
  2. Perniagaan makanan
  3. Kraftangan

SYARAT KELAYAKAN

  1.  Pendapatan seisi rumah RM3, 000.00 dan ke bawah ATAU
    pendapatan individu RM2,000.00 dan ke bawah.
  2. Pemastautin tetap Negeri Selangor (sekurang-kurangnya 10 tahun)
  3. Menjalankan aktiviti perniagaan di dalam negeri Selangor sahaja
  4. Telah memulakan perniagaan/ perusahaan sekurang-kurangnya 1 tahun.

 

 

SYARAT TAWARAN BANTUAN

  1. Bantuan akan diberikan dalam bentuk kelengkapan peralatan atau mesin.
  2. Bantuan peralatan atau mesin yang diberikan tidak boleh dijual, dipajak, digadai atau dipindah milik selain daripada penama yang dinyatakan di dalam surat tawaran. Sekiranya berlaku, pihak Kerajaan Negeri berhak mengambil balik bantuan peralatan atau mesin tersebut.
  3. Penerima bantuan hendaklah mengurus dan menyelenggara peralatan atau mesin dengan perbelanjaan sendiri (setelah tamat tempoh waranti).
  4. Hanya satu orang bagi satu isi rumah sahaja yang layak menerima bantuan.
  5. Permohonan yang telah berjaya atau yang pernah mendapat bantuan dibawah Program ‘Blueprint’ ini tidak layak memohon kali kedua.
  6. Peralatan atau mesin yang diperlukan perlulah berdasarkan kemahiran pemohon.
  7. Segala bentuk bantuan peralatan atau mesin yang ditawarkan tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai.
  8. Pihak Kerajaan Negeri berhak untuk menarik balik peralatan atau mesin yang diberikan sekiranya didapati penerima tidak memanfaatkan bantuan yang diberikan.
  9. Peralatan dan mesin yang diberikan merupakan Harta Kerajaan Negeri Selangor.
  10. Penerima wajib mengikuti kursus yang akan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sekiranya berjaya dalam permohonan ini.

Terkini: Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan

Bantu peniaga, basmi kemiskinan diharap antara agenda utama belanjawan negeri

SHAH ALAM, 30 OKT: Pemerkasaan program pemberdayaan pekerja dan pembasmian kemiskinan diharap antara agenda utama dalam Belanjawan Selangor 2024 yang ...
Baca Selanjutnya

Penjual sayur syukur dapat bantuan negeri, impian miliki motor roda tiga tercapai

KUALA LANGAT, 17 OKT: Impian penjual sayur Lim Kei Chin, 69, untuk memiliki sebuah motosikal roda tiga bagi memudahkan urusan ...
Baca Selanjutnya

3,256 usahawan terima bantuan alatan niaga, negeri salur RM13.6 juta sejak 2016

KUALA LANGAT, 17 OKT: Seramai 3,256 usahawan kecil menerima bantuan alatan perniagaan dengan peruntukan RM13.6 juta menerusi program Bantuan Blueprint ...
Baca Selanjutnya

Peruntuk lebih RM21 juta bantu 4,321 penjaja, usahawan dalam tempoh 10 tahun

SHAH ALAM, 16 OKT: Kerajaan Selangor membelanjakan lebih RM21 juta bagi melaksanakan program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dalam tempoh sedekad ...
Baca Selanjutnya

4,321 usahawan terima bantuan alatan niaga, negeri belanja RM21.6 juta sejak 2013

Oleh DIANA ABD WAHAB SHAH ALAM, 21 JULAI: Seramai 4,321 usahawan kecil menerima bantuan alatan perniagaan dengan peruntukan RM21.6 juta ...
Baca Selanjutnya

Bantuan alatan, modal niaga hingga RM100,000 pacu upaya usahawan

OLEH ABDUL RAHIM SABRI SHAH ALAM, 15 JULAI: Kerajaan Selangor menyediakan pelbagai program bagi memacu perniagaan usahawan, khususnya peniaga kecil ...
Baca Selanjutnya

Pelbagai program untuk rakyat kecapi kemakmuran, pelaburan masa depan

Oleh ABDUL RAHIM SABRI Hasil kekayaan negeri digunakan seluas-luasnya untuk pembangunan yang mendatangkan manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Projek ini ...
Baca Selanjutnya

Bantuan alat niaga tambah pendapatan usahawan kecil negeri

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR SEPANG, 11 MAC: Bantuan peralatan dan kelengkapan perniagaan meningkatkan kapasiti pengeluaran sekali gus menambah pendapatan bulanan ...
Baca Selanjutnya