Program ini membantu ibu-bapa yang layak dan memenuhi syarat akan menerima bantuan yuran TASKA atau nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau nurseri.

 

SYARAT KELAYAKAN

Kelayakan bagi permohonan program ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. Warga negara Malaysia
  2. Sama ada:
    1. Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    2. ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    3. ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.
  3. Pendapatan seisi rumah RM5,000 ke bawah (gaji pokok)
  4. Suami dan isteri bekerja
  5. Menghantar anak ke TASKA / nurseri yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  6. Terhad kepada 2 orang anak yang berumur 4 tahun ke bawah.
  7. Ibu dan bapa adalah pengundi berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan tetapi tidak semesti mengundi di Selangor
MAKLUMAN

Tarikh tutup permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut. Sebagai contoh permohonan untuk manfaat bulan Mac 2019 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2019.

Terkini: Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar)

IPR: Sebelum penjajaran RM500, kini terima RM6,200

OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM, 25 MAC: Penjajaran yang dilaksanakan terhadap program Insentif Peduli Rakyat (IPR) lebih memberdaya dan memberi ...
Baca Selanjutnya