Senarai Inisiatif Peduli Rakyat Yuran Taska/Nurseri kepada anak berusia 4 tahun kebawah berjumlah RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tadika RM50 setiap bulan bantu mengurangkan beban keluarga. Warga emas dan OKU dihargai menerusi manfaat baucar jom shopping RM100. Tabung simpanan berjumlah RM1500 khusus untuk anak-anak kelahiran Selangor yang didaftarkan. Insentif RM500 kepada pasangan yang berkahwin kali pertama di Selangor. Kerajaan Negeri responsif kepada tuntutan moden membudayakan amalan membaca khususnya kepada komuniti pangsapuri kos rendah. Insentif RM300 seorang (salah seorang suami atau isteri atau kedua-dua suami dan isteri - tertakluk kepada yang menepati syarat layak program iGems).