Objektif pelaksanaan Program Pemberian Air Percuma ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat Negeri Selangor, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah. Walau bagaimanapun, program ini telah dapat dinikmati oleh semua peringkat pendapatan.

Justeru itu, bagi memastikan program ini menepati objektif perlaksanaannya dan sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri ke arah perbelanjaan yang lebih berhemah. Dewan Negeri Selangor pada 23 November 2018 telah meluluskan supaya penjajaran semula Program Pemberian Air Percuma ini dilaksanakan bagi mencapai matlamat sebenar Inisiatif Peduli Rakyat Kerajaan Negeri dengan menyasarkan bantuan kepada kumpulan sasar iaitu golongan yang benar-benar memerlukan dan layak.

 

OBJEKTIF PROGRAM

Tujuan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.

Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi cadangan penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat Selangor.

SYARAT-SYARAT

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.

2. Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM5,000 ke bawah (suami dan isteri
termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang).

3. Premis kediaman adalah meter individu.

4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.

NOTA: Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma
dibawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan
JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor(LPHS).

Terkini: Skim Air Darul Ehsan

Skim air percuma: Negeri teliti naikkan had minimum pendapatan isi rumah kepada RM6,000

SABAK BERNAM, 19 MAC: Kerajaan Selangor akan meneliti keperluan untuk menaikkan had minimum pendapatan isi rumah yang layak menerima skim ...
Baca Selanjutnya

Lebih 600 penduduk sertai program Sweat It Out, promosi gaya hidup sihat

Oleh AZIAN AZIZ SHAH ALAM, 5 MAC: Lebih 600 penduduk sekitar Bandar Kinrara menyertai program Sweat It Out di Taman ...
Baca Selanjutnya

Kerajaan Negeri sedia pelbagai program kebajikan, rakyat perlu manfaat sepenuhnya

SUBANG JAYA, 12 FEB: Rakyat Selangor disaran memanfaatkan sepenuhnya program kebajikan disediakan Kerajaan Negeri, kata EXCO Kerajaan Tempatan dan Pembangunan ...
Baca Selanjutnya

Skim air percuma dibuka mulai hari ini untuk penduduk Selangor 

https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/02/WhatsApp-Video-2023-02-06-at-3.31.14-PM.mp4 SHAH ALAM, 6 FEB: Penduduk di negeri ini boleh memohon skim air percuma 20 meter padu sebulan menerusi Skim ...
Baca Selanjutnya

Inisiatif RiDE beri caruman KWSP galak pekerja p-panggilan menyimpan

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR SHAH ALAM, 30 DIS: Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang memberi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ...
Baca Selanjutnya

Jualan mega akhir tahun Jelajah Ehsan Rakyat di Dataran Batu Laut esok

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR SHAH ALAM, 30 DIS: Jualan mega akhir tahun Jelajah Ehsan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong ...
Baca Selanjutnya

MB: Bela nasib penunggang p-panggilan, 6,500 peserta RiDE terima pelbagai manfaat

SHAH ALAM, 24 DIS: Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang dianjur sejak 2020 memberi manfaat kepada 6,500 pekerja p-panggilan, ...
Baca Selanjutnya

SUK anjur hari e-pelanggan esok, mudahkan orang awam kemuka aduan

SHAH ALAM, 14 DIS: Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri menganjurkan program e-pelanggan Khamis ini sebagai platform untuk orang awam berinteraksi ...
Baca Selanjutnya