MANFAAT PROGRAM

Pemberian bantuan sementara diberikan kepada rakyat Selangor yang layak sehingga RM350 sebulan untuk mendapatkan keperluan asas sekiranya berhadapan dengan masalah kehidupan yang tidak boleh dielakkan. Tujuan program ini didasarkan adalah untuk membantu rakyat Selangor yang berkelayakan meneruskan kelangsungan hidup sewaktu dalam kesulitan.

 

SYARAT PERMOHONAN

Rakyat Selangor yang layak memohon untuk program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan rakyat Negeri Selangor. Sekiranya bukan rakyat Negeri Selangor, pemohon mesti bermastautin melebihi tempoh 10 tahun di Negeri Selangor;
  2. Golongan tidak berkemampuan dan berkeperluan yang tidak memenuhi syarat-syarat skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang lain
  3. Faktor-faktor lain yang juga diambil kira adalah:
    1. bilangan anak / tanggungan
    2. tahap ketidakupayaan ketua keluarga
    3. keadaan rumah kediaman
    4. kecacatan atau keuzuran disebabkan oleh penyakit
  4. Faktor-faktor munasabah lain serta pemohon boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon / keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,500 atau Pendapatan Perkapita tidak melebihi RM350 sebulan

Terkini: Bantuan Kebajikan Masyarakat (Bantuan Am)

No posts found.