Senarai Inisiatif Peduli Rakyat Bantuan kewangan RM300 sebulan bagi pembelian barangan keperluan asas yang menyasarkan 30,000 buah keluarga. Memperkasa pengangkutan awam dengan memberi perkhidmatan bas percuma kepada rakyat Selangor. Air merupakan keperluan asas manusia. Dengan maksud itu Kerajaan Negeri mensasarkan air percuma 20 meter padu kepada golongan sasaran Selaras dengan IR4.0, Kerajaan Negeri terus melebarkan kemudahan WiFi ke seluruh Selangor. Secara prinsipnya Kerajaan Negeri kekal dengan semangat negeri berkebajikan. Kerajaan Negeri mengecualikan cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah dan rumah kampung yang layak. Kerajaan Negeri terus memperkasakan usahawan kecil dengan pengecualian fi lesen kepada penjaja yang layak. Bantuan membina dan membaiki rumah kepada yang layak. Baucar (Jom Shopping) RM100 bersempena perayaan semua kaum. Ini manifestasi Kerajaan Negeri yang inklusif.