Inisiatif Peduli Rakyat

SOALAN LAZIM – FAQs SSIPR

Apa itu SSIPR?
J: SSIPR adalah singkatan kepada Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat dimana ianya dibangunkan untuk menguruskan data pengguna program-program Inisiatif  Peduli Rakyat (IPR) di satu tempat atau one stop centre. IPR yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah bertujuan untuk membantu masyarakat terutama golongan yang berpendapatan rendah dalam memenuhi keperluan dan sara hidup yang semakin mencabar masa kini.
Apakah ciri-ciri utama SSIPR?

J: SSIPR merupakan one stop centre secara atas talian yang berbentuk portal direka untuk memudahkan pendaftaran dan semakan permohonan Program IPR kepada Rakyat. Maklumat permohonan untuk semua program IPR disimpan dalam satu data berpusat dan sedia untuk penganalisaan data raya secara real time seterusnya dapat mengenalpasti kumpulan sasaran penerima program IPR. Integrasi korelasi GIS membantu kerajaan dalam perancangan pelaksanaan program IPR di masa akan datang.

 

Apakah manfaat SSIPR?

J: SSIPR diwujudkan bagi memudahkan rakyat untuk membuat permohonan secara atas  talian tanpa perlu menghadirkan diri ke pejabat-pejabat yang berkenaan. Rakyat juga dapat mengetahui agenda IPR yang layak dipohon dan membuat semakan status permohonan  dengan lebih mudah dan menjimatkan masa.

 

Bagaimana untuk mengetahui inisiatif yang layak untuk saya memohon?

J: Rakyat yang berminat untuk memohon program IPR boleh menyemak syarat-syarat kelayakan bagi setiap IPR di bawah menu Inisiatif Peduli Rakyat.

 

Adakah bukan warganegara Malaysia dibenarkan untuk memohon?

J: Tidak. Bantuan inisiatif hanya diberikan kepada warganegara Malaysia yang menetap di negeri Selangor sahaja.

 

Pelayar apa yang sesuai digunakan untuk mengakses ke dalam laman web SSIPR?

J: Pemohon perlu melayari laman web portal dengan menggunakan pelayar yang disokong seperti:

  • Google Chrome versi 79
  • Mozillla Firefox versi 72

Nota:  Penggunaan pelayar  seperti Internet Explorer dan Microsoft Edge adalah tidak digalakkan. 

Adakah permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) sahaja?

J: Permohonan juga boleh dilakukan dengan mendapatkan borang permohonan di pejabat-pejabat agensi IPR yang berkenaan.

 

Adakah saya dibenarkan untuk membuat permohonan bagi orang lain?

J: Sila rujuk pautan Hubungi Kami untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagi permohonan IPR yang ingin dimohon.

 

Bagaimana cara untuk membuat permohonan dalam SSIPR?
Adakah saya boleh membuat permohonan sekiranya tidak mempunyai emel?

J: Tidak, pemohon perlu mempunyai emel untuk tujuan pengesahan akaun SSIPR dan notifikasi status permohonan dapat diterima oleh pemohon.

Bagaimana hendak mengesahkan atau mengaktifkan akaun profil saya di dalam SSIPR?

J: Setelah melakukan pendaftaran akaun, pemohon akan menerima notifikasi emel yang mempunyai pautan ‘Buat Pengesahan’ kepada laman web SSIPR. Pemohon perlu klik pada pautan tersebut untuk mengesahkan akaun pemohon sebelum boleh mendaftar  masuk ke laman web SSIPR.

Saya terlupa kata laluan dan bagaimana hendak menetapkan semula kata laluan?

J: Pemohon boleh klik pada pautan ‘Terlupa Kata Laluan’.

  1. Pemohon perlu memasukkan emel.
  2. Klik pada ‘Hantar Emel Pengesahan’.
  3. Pemohon akan menerima notifikasi emel berserta pautan baru untuk log masuk ke laman web SSIPR.
Sekiranya saya tidak berjaya mendaftar masuk (login), apa yang perlu saya lakukan?

J: Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ambil sekiranya ada mengalami kesulitan bagi senario-senario di bawah:

  1. Butiran Log Masuk Tidak Sah/Terlupa Kata Laluan.
    Sila klik disini untuk butiran lanjut
  2. Akaun SSIPR Tidak Wujud.
    Sila klik disini untuk butiran lanjut
  3. Tidak Menerima E-mel Pengesahan Selepas Daftar Akaun SSIPR.
    Sila klik disini untuk butiran lanjut
Bolehkah saya menyimpan maklumat dalam borang permohonan yang separuh lengkap?

J: Tidak, permohonan hendaklah dilengkapkan sepenuhnya sebelum menghantar  permohonan.

Adakah maklumat yang saya simpan dalam SSIPR dijamin selamat?

J: Ya.

Bolehkah saya membuat perubahan terhadap maklumat dalam borang permohonan yang telah dihantar?

J: Ya, dengan klik pada butang ‘Profil’ di halaman Dashboard dan seterusnya klik pada butang ‘Kemas Kini’ pemohon boleh membuat perubahan untuk tujuan membuat perubahan pada maklumat permohonan yang telah diisi.

Bolehkah saya memuat naik dokumen sokongan ke dalam SSIPR semasa membuat permohonan?

J: Ya, laman web SSIPR menyediakan kemudahan untuk membenarkan pemohon  memuat naik dokumen sokongan bergantung kepada keperluan program IPR tersebut.

Setelah berjaya menghantar permohonan, apa yang perlu saya lakukan?

J:

  1. Sila semak notifikasi emel setelah permohonan berjaya dihantar.
  2. Pemohon perlu log masuk ke laman web SSIPR untuk melakukan semakan status permohonan dari semasa ke semasa.
Bolehkah saya membuat permohonan lebih dari satu inisiatif yang disenaraikan?

J: Bergantung kepada syarat-syarat kelayakan setiap program IPR.

Saya telah membuat permohonan secara dalam talian, adakah saya perlu menghantar juga permohonan kepada pejabat agensi inisiatif yang berkenaan?

J: Tidak perlu.

Bagaimana cara hendak menyemak status permohonan yang telah berjaya dihantar?

J:

  1. Pemohon boleh klik pada menu Semakan dan klik pada pautan yang diberikan.
  2. Pemohon perlu log masuk ke akaun profil dan status permohonan akan tertera pada halaman Dashboard
Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkenaan inisiatif yang disenaraikan dalam SSIPR?

J: Rakyat boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan  mengikut IPR yang dimohon dengan merujuk kepada menu Hubungi Kami.

Sekiranya status permohonan tidak berjaya, adakah saya dibenarkan untuk membuat rayuan atau permohonan baharu?

J: Sila rujuk menu Hubungi Kami untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.