Sistem cari pengasuh berdaftar dilancar 18 Januari

SHAH ALAM, 12 JAN: Sistem pangkalan data i-asuh yang membolehkan ibu bapa mengesan pengasuh berdaftar akan dilancarkan pada 18 Januari ini.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga berkata langkah mencari penjaga sesuai dan terlatih dibuat bagi menjamin keselamatan anak-anak ketika ibu bapa bekerja.

“Data lengkap sudah diperolehi dan Kerajaan Negeri akan menganjurkan aktiviti serta kursus bersesuaian kepada pengasuh berdaftar,” kata Dr Siti Mariah Mahmud.

I-asuh dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor diwujudkan susulan insiden kematian bayi dan kanak-kanak yang menyayat hati di rumah pengasuh.

Katanya sistem sama turut mengumpulkan data suri rumah yang bekerja dari rumah di bawah program Kasih Ibu Smart Selangor.

The post Sistem cari pengasuh berdaftar dilancar 18 Januari appeared first on Selangorkini.