Blog

24,243 berjaya dapat biaya bank beli Rumah Selangorku

SHAH ALAM, 31 JULAI: Sebanyak 24,243 pemohon berjaya meneruskan pembelian Skim Rumah Selangorku (RSKU) yang dibuat secara dalam talian setakat ini, kata Haniza Talha.

EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar itu berkata, kesemua permohonan terbabit sudah mendapat kelulusan pembiayaan daripada bank.

Bagaimanapun katanya, sebanyak 48,624 pemohon yang layak dan hanya menerima tawaran bagi skim berkenaan tetapi gagal mendapat kelulusan bank.

“Kita sedang mencari pihak bank lain yang turut menawarkan pembiayaan bagi mereka yang selama ini sukar mendapat pembiayaan memandangkan sebelum ini kita berbincang dengan sebuah bank sahaja.

“Daripada segi syarat kelayakan (pemohon) memang layak, tetapi bank meletakkan syarat ketat sehingga menyebabkan mereka tidak dapat pembiayaan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pendaftaran RSKU kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor, di Lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Mengulas berhubung pendaftaran RSKU, Haniza berkata, ‘booth’ pameran dibuka kepada orang awam mulai hari ini hingga 5 Ogos, dari 9 pagi hingga 5 petang, di pintu masuk Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, pelbagai peluang menarik ditawarkan bagi kesemua jenis RSKU dengan harga serendah RM42,000 hingga RM250,000 seunit.

“Antara perkhidmatan ditawarkan adalah membantu proses pendaftaran melalui dalam talian kepada orang awam dan membuat pendaftaran secara terus di ‘booth’ pameran yang disediakan dengan menyediakan maklumat lengkap.

“Kita juga memberikan nasihat kepada ADN kawasan atau wakil pejabat DUN dalam membuat hebahan kepada orang awam dan membantu pemohon yang berminat untuk membuat pendaftaran melalui format excel tanpa perlu berdaftar dalam talian.

“Dengan bantuan daripada pejabat DUN, data pemohon yang dilengkapkan dalam format excel perlu dikembalikan kepada Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) untuk proses migrasi data kepada sistem dalam talian seterusnya boleh membuat semakan terus dalam talian,” katanya.