Blog

MBSA lancar perkhidmatan iLesen

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 8 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan perkhidmatan ‘iLesen’, permohonan lesen dalam talian bagi memastikan pengurusan lebih efisien dan telus.

Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Datuk Bandarnya, Rashidi Ruslan, di Auditorium MBSA, di sini, hari ini.

Rashidi berkata, sistem itu diperkenalkan melalui pembangunan sistem Electronic Public Services (EPS) yang membolehkan pelanggan membuat permohonan lesen menggunakan telefon pintar dengan melayari pautan eps.mbsa.gov.my

Katanya, inisiatif membangunkan perkhidmatan itu menelan kos RM35,000 dengan tempoh pembangunan selama lapan minggu bermula 1 Januari lalu.

“Melalui iLesen, pelanggan boleh membuat permohonan baharu lesen, semakan status lesen, menjelaskan bayaran dan permohonan pembaharuan perniagaan tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Antara jenis permohonan lesen perniagaan disediakan adalah lesen industri, lesen perniagaan, lesen penyeliaan makanan, lesen tadika, lesen iklan, lesen usahawan kecil atau penjaja, lesen anjing dan lesen ‘food truck’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Perasmian Taklimat Bazar Ramadan, di sini.

Turut hadir, Pengarah Pelesenan MBSA, Rosli Bakar dan Pengarah Urusan Unilever Food Solutions (UFS), Nusrat Perveen.

Difahamkan, jumlah permohonan didaftarkan melalui perkhidmatan itu ialah 145 dengan 32 kelulusan setakat ini.

Pada masa sama, Rashidi berkata, kemudahan aplikasi EPS turut merangkumi capaian kepada permohonan, semakan, carian, bayaran dan cetakan maklumat perkhidmatan dalam talian.

“Perkhidmatan disediakan dalam EPS adalah seperti iCukai, iKompaun, iSewa, iTempahan, iPemborong, iBayaran, eBazar, iAduan dan OSC Online.

“Pelanggan perlu mendaftar sebagai pengguna EPS terlebih dahulu sebelum menggunapakai perkhidmatan iLesen dengan melengkapkan maklumat nombor kad pengenalan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, pasport, nama, nombor telefon dan e-mel,” katanya.