Blog

WiFISS diperluas di hospital dan klinik seluruh negeri

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 28 FEB: Perkhidmatan jalur lebar, WiFi Smart Selangor (WiFiSS) akan diperluaskan di 11 buah hospital dan lebih 70 klinik di seluruh negeri, pada tahun ini.

Pengarah Urusan Smart Sel Sdn Bhd, Mohamad Suhaimi Mohamad Tahir berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi merealisasikan hasrat itu.

“Sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri, kita tidak mementingkan pulangan pelaburan, sebaliknya membantu Kerajaan Negeri merealisasikan dasarnya.

“Peranan Smart Sel membantu menyediakan perkhidmatan terbaik, kita juga mempunyai penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta produk sendiri dengan harga berpatutan,” katanya pada Forum Perniagaan, Selangor Synergies: Infrastruktur Digital, di Hotel Saujana, di sini.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya menyasarkan pertambahan perkhidmatan itu kepada 4,400 ‘hotspot’, pada tahun ini dengan 3,911 kawasan ‘hotspot’ diwujudkan, setakat Januari lalu.

“Kita juga sedang mempertingkatkan kelajuan internet untuk kegunaan pengguna kepada tahap lebih memuaskan.

“Apabila mahu laksanakan wifi dengan harga pasaran, ia tidak mampan, justeru kita memperbanyakkan R&D untuk mengurangkan kos dan dalam masa sama, ‘hotspot’ lebih kuat tanpa menambah kawasan,” katanya.

Untuk rekod, sejumlah 1,143,855 pengguna WiFiSS direkodkan dalam tempoh tiga tahun sejak mula beroperasi, pada September 2015.

Katanya, jumlah itu juga dijangka meningkat kepada 1.2 juta, pada tahun ini.