Blog

MBI Selangor tawar 5,000 unit Rumah Selangor dilengkapi perabot

OLEH NORHAYATI UMOR

KAJANG, 2 DIS: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI Selangor) dijangka akan memulakan tiga projek pendemokrasian Rumah Selangorku tahun hadapan dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Ketua Pegawai Operasinya, Soffan Affendi Aminudin berkata, tiga projek berkenaan membabitkan sejumlah 5,000 unit di Bangi Lama (1,100 unit) Sungai Sering Hulu Klang (2,500 unit) dan Paya Jaras (1,400 unit).

Katanya, ia membabitkan ciri rumah berkeluasan lebih 1,000 kaki persegi berserta dua parkir kereta dilengkapi perabot seperti kabinet dapur dan kabinet bilik tidur, pemanas air dan penghawa dingin di setiap bilik tidur.

“Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif pendemokrasian perumahan melalui MBI dengan pembangunan 100 peratus rumah mampu milik di atas tanah milik MBI.

“Ia ditawarkan dengan harga tidak melebihi RM250,000 seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan Negeri 2019 oleh Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lawatan kerja ke rumah contoh Rumah Idaman Rakyat Selangor di Pangsapuri Impian, di sini.

Hadir sama, EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha.

Pada masa sama, Soffan berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan pihak Maybank yang bersetuju menggunakan kaedah Rent-To-Own (RTO) pada harga asal ketika mula menduduki rumah berkenaan.

Dalam lawatan kerja itu, MBI turut melawat salah satu tapak projek Rumah Mampu Milik, Rumah SelangorKu yang bakal dibinanya di Bangi Lama yang berkeluasan lebih 4,0469 hektar.

Terdahulu, Amirudin berkata Maybank turut menawarkan pembiayaan pinjaman 100 peratus serta beberapa inisiatif lain bagi meringankan beban pembeli memiliki rumah idaman mereka.

“Antaranya, jumlah sewa bulanan yang berpatutan serta 20 peratus sewa menjadi simpanan. Pihak Maybank menyediakan dana berjumlah RM 1 billion bagi tujuan ini,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican berkata bank itu bercadang untuk memperluaskan skim RTO, iaitu program HouzKEY Maybank Islamic, kepada rumah dalam lingkungan harga mampu milik.

“Penyelesaian RTO yang ditawarkan adalah sebahagian daripada inisiatif pengantaraan berasaskan nilai, iaitu memberikan penyelesaian yang berdaya maju dan mampan untuk memiliki rumah serta cara bank untuk menyokong agenda nasional Malaysia dalam pemilikan rumah,” katanya.