Blog

Kerajaan Negeri fokus jadikan Selangor kluster pendidikan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 NOV: Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan Selangor sebagai kluster pendidikan di negara ini dengan institut pengajian tinggi berkualiti antarabangsa sehingga digelar ‘Boston of Malaysia’.

Sehubungan itu, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pihaknya akan memberi tumpuan dengan strategi tertentu bagi memperkasa bidang berkaitan dan ia akan diperincikan dalam pembentangan Belanjawan 2019 nanti.

“Kita bercita-cita menjadikan negeri ini terutamanya di wilayah selatan sebagai satu kluster pendidikan di negara ini selaras dengan semangat Malaysia Baharu.

“Walaupun di Selangor kita tidak mempunyai banyak kawasan tanah lapang namun wujudnya kemudahan seperti hub aeroangkasa, ia mampu dicapai.

“Dengan hub aeroangkasa ini serta dibantu sebahagian infrastruktur, kita mampu melahirkan beberapa aset dan industri dalam bidang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri memang fokus bagi memajukan bidang pendidikan sejak perubahan pentadbiran negeri pada 2008 dengan penekanan kepada pendidikan peringkat pra sekolah hingga tinggi.

Katanya, ia dimulakan dengan langkah awal seperti program Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) untuk pendidikan anak-anak di peringkat tadika sehingga yang terbaharu, Inisiatif Kemahiran Teknikal & Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) diinisiatifkan Kerajaan Negeri dalam Belanjawan 2018.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan RM50 juta bagi tujuan berkenaan dan kerjasama erat dengan agensi berkaitan serta hubungan baik bersama kerajaan Persekutuan, ia membukan ruang bagi generasi muda di Selangor melanjutkan pelajaran dan mendapat pendidikan diperlukan.

“Kita yakin pendekatan diambil Kerajaan Negeri akan merealisasikannya selain sokongan masyarakat dan anggota penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata, langkah itu juga bakal menjadikan institut pengajian tinggi di Selangor mencapai kemajuan diinginkan dan mampu setanding dengan universiti ternama dunia seperti Harvard dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) di Amerika Syarikat.