Blog

MB: Dalam tempoh 4 tahun, lebih RM300 juta cukai ditanggung

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 MAC: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyelar kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa negeri itu mengenakan cukai pintu yang tinggi sekaligus membebankan rakyat.

Sebaliknya, Mohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri ‘menanggung’ kerugian selepas pengecualian Cukai Taksiran dan Fi Lesen sejak empat tahun lalu.

Katanya, kira-kira RM300 juta dalam tempoh itu ditanggung Kerajaan Negeri.

“Najib kata saya tak pandai urus cukai, cukai tinggi dikenakan di negeri ini. Wahai Najib..sudah empat tahun Kerajaan Negeri sudah mengecualikan cukai taksiran.

“Setiap tahun, Kerajaan Negeri hilang RM80 juta. Maknanya, dalam tempoh empat tahun ini, lebih dari RM300 juta kita tanggung.

“Ini bukan masuk dalam poket saya, bukan masuk dalam akaun saya. Kalau ada yang dikenakan cukai atau Fi Lesen, datang jumpa saya bagitau Pegawai Daerah mana, Pihak Berkuasa Tempatan mana yang kutip cukai atau Fi itu,” katanya di Karnival Himpunan Rakyat, di Stadium Malawati, di sini, semalam.

Mohamed Azmin turut mencabar Najib supaya memberi hanya lima minit untuk beliau tampil di kaca televisyen bagi menjawab segala pertuduhan Perdana Menteri itu.

Untuk rekod, sejumlah 500,224 unit rumah dan penjaja layak menerima pengecualian cukai taksiran dan fi lesen perniagaan diteruskan bagi 2017.

Daripada jumlah itu sebanyak 322,637 unit kos rendah, 85,881 unit kediaman kampung dan 91,706 penjaja di seluruh negeri.

Sembilan kategori penjaja yang terbabit ialah gerai majlis, pasar majlis, kiosk majlis, pondok bas penjaja, pasar malam, pasar pagi, pasar swasta dan permit penjaja sementara.

Pada 2016, Kerajaan Negeri menerima impak kewangan berjumlah RM62 juta selepas pelaksanaan program berkenaan.

=EZY=