Blog

Belajar tanpa had masa

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 6 APR: Tuisyen Atas Talian (Tuition Online) percuma dengan kemudahan pembelajaran efektif
disifatkan berfaedah buat pelajar di Selangor.

Tinjauan SelangorKini mendapati, pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini menyambut baik langkah Kerajaan Negeri memperkenalkan program itu.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Klang, Wan Hezmeera Wan Hezril, 17, berkata program terbabit banyak membantu pelajar mengulang kaji pelajaran mengikut kesesuaian mereka.

“Ia amat baik kerana boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja serta konsep ini adalah trend masa kini dengan kemudahan internet.

“Kaedah sebegini memberi lebih kebebasan kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan berbanding mengikuti kelas tuisyen biasa dengan ketetapan masa tambahan percuma,” katanya kepada.

izzati barryNur Izzati Barry Abdul Rashid, 17, dari SMK Perempuan Methodist, Klang berkata, program itu menggalakkan pelajar menggunakan komputer dan bertepatan dengan perancangan pengurusan sekolah.

“Ia banyak membantu terutama kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan selain boleh diikuti berulang kali.

“Pelajar juga boleh mengikuti tuisyen secara bersendirian atau berkumpulan dengan rakan dan mengadakan perbincangan bersama,” katanya.

Tuisyen Atas Talian percuma diperkenalkan Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Selangor adalah satu lagi program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) untuk rakyat Selangor khususnya pelajar yang bakal menduduki SPM.