Blog

160 pelajar terima subsidi tambang bas

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 DIS: Seramai 160 pelajar menerima manfaat bagi Program Pemberian Subsidi Tambang Bas Sekolah oleh Kerajaan Negeri.

Sumbangan terbabit disampaikan oleh Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirao, baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 60 pelajar daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Kalumpang, Hulu Selangor dan 100 pelajar dari Kuala Kubu Bahru.

Ganabatirao berkata, bantuan terbabit disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan bagi meringankan beban keluarga terhadap anak mereka yang bersekolah.

“Subsidi Tambang Bas Sekolah yang diberikan untuk membiayai tambang bas sekolah untuk anak- anak pekerja ladang.

“Kita berharap dengan bantuan ini akan meringankan beban keluarga,” katanya di majlis penyampaian subsidi terbabit.

Beliau berkata, setiap pelajar menerima sebanyak RM300 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM48,000.

“Kerajaan Negeri komited membantu rakyat yang kurang berkemampuan dengan pelbagai program dilaksanakan,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mewujudkan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang dengan peruntukan sebanyak RM2 juta setahun.

Tabung itu diwujudkan adalah bagi memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak pekerja ladang.

Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk biasiswa, kelas tambahan, hadiah kecemerlangan dan sebagainya kepada anak-anak pekerja ladang bagi tujuan membiayai pendidikan mereka.

=EZY=