Blog

Tubuhkan Tabung Pembeli-Pembeli Rumah Kebangsaan

OLEH: Dato’ Iskandar Abdul Samad

Saya bersetuju dengan pandangan pemaju-pemaju yang menolak cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan agar para pemaju dibenarkan memberi pinjaman kepada mereka yang membeli rumah dari mereka.

Pemaju sepatutnya memberi tumpuan kepada peranan membina rumah.

Sementara bank memberi tumpuan kepada peranan menyediakan pembiayaan.

Kerajaan Persekutuan perlu memastikan setiap pihak melaksanakan peranan mereka dengan lebih berkesan dan dapat mencapai matlamat mereka

Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya mencampur aduk peranan kedua-dua pihak tersebut.

Sebaliknya Kerajaan Persekutuan sepatutnya menubuhkan satu tabung atau badan untuk menyediakan pinjaman untuk rakyat yang gagal memperolehi pinjaman dari bank.

Kerajaan Negeri Selangor telah menawarkan beberapa skim untuk mereka yang gagal memperolehi pinjaman bank.

Di antaranya adalah skim Dana Selangor atau DANASEL yang merupakan skim sewa beli.

Fasa pertama skim ini melibatkan 118 pembeli pangsapuri kos rendah Rimba Jaya, Shah Alam. Seramai 32 keluarga telah pun berpindah masuk.

rumah01Tetapi kemampuan Kerajaan Negeri adalah terhad. Hanya RM20 juta yang dapat disediakan untuk tahun ini.

Oleh yang demikian Kerajaan Persekutuan perlu mencontohi Kerajaan Negeri dengan mewujudkan skim yang sama untuk semua pembeli rumah dan tidak hanya mereka yang hendak membeli Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Saya yakin rakyat akan merasa lega jika satu tabung khusus dengan modal permulaan sebanyak RM300 juta dapat ditubuhkan. Jumlah ini hanya sekadar separuh dari kos projek Taman Tugu yang dicadangkan dan manfaatnya akan dapat dirasakan oleh lebih ramai rakyat Marhaen.

Saya berharap Menteri yang terlibat akan dapat mencetuskan idea-idea yang baru untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat. Kerajaan Persekutuan patut memulakan inisiatif dan tidak menyerahkan tanggungjawab mereka kepada pihak lain.

* Dato’ Iskandar Abdul Samad adalah Exco Perumahan, Pengurusan Bandar Dan Kehidupan Bandar