Blog

SITEC Online 100 tebukti bantu usahawan terokai e-dagang

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 MAC: Program SITEC Online 100 terbukti membuka ruang lebih luas buat peniaga menerokai pasaran perdagangan elektronik (e-dagang).

Bagi pemilik Milkanddino, Norsaadah Abdul Talib, 33, program tajaan Kerajaan Negeri itu menyediakan landasan lebih kukuh bagi pemasaran atas talian.

SAADAH“Ia juga dapat menjimatkan masa kami peniaga untuk menerangkan mengenai produk kepada pelanggan.

“Menerusi laman web yang lebih interaktif, pelanggan lebih mudah beroleh info produk dan terus membuat pesanan serta bayaran,” kata ibu kepada tiga anak itu.

Berkongsi pandangan sama, Siti Zamaira Zainal, 29 dari Batu Tiga pula memuji latihan diberikan sepanjang program.

“Ada pelbagai kelas disediakan dan kesemuanya memang membantu kami untuk meningkatkan jualan.

“Kita bukan sahaja fokus kepada produk dijual tetapi juga cara terbaik menguruskan pelanggan,” kata pemilik Bambambritt yang juga bekas juru audit itu.

Sementara itu, pemilik Kakimotor, Alex Lim, 41, berharap lebih banyak program pendidikan usahawan dapat dilaksanakan pada masa hadapan.

ALEX“Saya percaya e-dagang dapat memberi ruang kepada lebih ramai lagi untuk berniaga dan menjana pendapatan,” katanya yang mempunyai sebuah kedai di Bandar Sunway.

SITEC Online 100 menawarkan latihan kepada usahawan mempelajari laman web interaktif, aplikasi menerusi appstore selain tunjuk ajar dan sesi latihan secara percuma sepanjang tempoh program.

Ia secara khusus mendedahkan usahawan terlibat kepada pengurusan perdagangan elektronik (e-dagang) bagi memaksimumkan penjualan.

-nR-