Blog

Peluang terbaik miliki rumah dengan DanaSel

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 OKT: Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (DanaSel) kini terbuka kepada orang ramai bagi membantu mereka yang berhasrat membeli rumah kos rendah tetapi gagal mendapatkan pinjaman bank.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata melalui skim itu Kerajaan Negeri akan membeli rumah dan disewakan kepada pembeli.

Katanya, rumah itu kemudian akan dijual dengan harga jualan yang ditolak sebahagian dari sewa yang dibayar.

yb iskandar 1“Jika penyewa masih gagal mendapatkan pinjaman perumahan maka mereka boleh terus tinggal di rumah berkenaan.

“Mereka akan terus membayar sewa sehingga jumlah sewa yang dibayar dapat menampung harga rumah dan selepas selesai, ia akan menjadi milik penyewa,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, DanaSel diwujudkan khusus bagi memberi peluang kepada golongan peneroka bandar memiliki kediaman sendiri.

Iskandar berkata, terdapat dua projek perumahan kos rendah dikenalpasti untuk pelaksanaan tahun ini.

Bagaimanapun, satu daripadanya ditangguh kerana terdapat kes mahkamah.

“Jadi peruntukan untuk projek terbabit iaitu bagi membeli 180 buah rumah kos rendah akan dibuka kepada orang ramai,” katanya.

Orang ramai berminat boleh menghubungi Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) di talian 03-5544 7906.

Orang ramai juga boleh berkunjung terus ke pejabat LPHS di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tingkat 5, Podium Utara, Persiaran Sultan, Seksyen 5 pada waktu pejabat.

-nR-